|
|
May 29, 2008
Sekitar fatrah IMTIHAN....
Bahangnya masih terasa, hangit baunya kian menusuk di qalbu setiap
insan yang merasai keperitan dan kemanisannya. Berbaki satu madah lagi
iaitu imtihan syafawi (paper oral) pada 16 jun depan...
Kesempatan masa yang ada, aku curilah sikit untuk upgrade blog aku
nih....nampak cool kan? betul tak?? angguk lah....hehe :-) tapi apa
yang penting adalah isinya bukan kulitnya, bak kata orang, don't jugde
a book by it's cover. Tapi kalau kulit jer cantik, isinya hampeh...sapa
nak kan? macam awek lah jugak...dalam dunia nih tidak dinafikan memang
ramai awek2 cun kat luar sana tuh, kerana wanita itu adalah hiasan
dunia dan sebaik baik hiasan adalah wanita solehah. Tetapi ada juga
awek yang hampeh, bak kata madihah, awek sengal!! hiasan dunia ke tuh??
lu pikir la sendiri...(ni nak cerita pasal awek ke apa nih?)
Anyway, korang semua doakanlah untuk aku yang sedang meng'exam'kan
diri... esok nak balik kaherah jap, main bola...dah menggigil tempurung
lutut aku nih sebab dah lama tak sentuh bola...Ok Ilal Liqa'
Posted at 02:04 am by white_tiger192
Permalink
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali aku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan muke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita. "Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda." "ALLAH did not promise that life would be easy, but HE did promise to go with you...every step of your life, with HIM by your side."
Posted at 02:03 am by white_tiger192
Permalink
May 24, 2008
Masih lagi dalam fatrah imtihan...aku lagi 2 madah nak abis...pagi tadi Madah Usul Fiqh, Alhamdulillah..dgn berkat usaha aku jga taufiq wal inayah dari-Nya aku dapat la jawab dalam 75% dripda 3 soklan..cuma sbelum msuk dewan pekse tuh aku rasa kurang yakin...tpi belasah jelah...nk wat camne kan...sangka baik jelah dgn doktor, kenapa dia buat soklan pekse camtu???
nak jadikan crite, ahli bait aku nih, balik2 pekse jer...mengamuk sakan, 1stly kitab die hilang, kena curi dek arab.. 2ndly x sure dgn soklan die time pekse tdi tuh.. 3rdly die bengan giler bile tgk koi kena belasah dgn kelly, sampai kulit berdarah n sisik die tercabut abis...dah togel...siap nmpak isi lagi tuh...hilang ciri-ciri keikanannya.....ksian koi menjadi mangsa kekejaman kelly...aku gak yg jadi hero.....
Posted at 03:21 pm by white_tiger192
Permalink
Apr 17, 2008
Inilah yang aku dok risau....bukan aku saje...sume bebudak yg nk pekse bulan 5 ni tengah menonggeng kitab2, dok pulun nak score gile gile punye gile...kali nih....(ayat kampung) aku tak ketinggalan dlm mengambil tempat, memeras ugut tidurku agar tidak hanyut kelenaan dibuai mimpi indah....
Dengan iringan doa kedua orang tuaku di kampung, kawan2 n jiran sebelah..(eh..dah pindah) bebudak arab dok tingkat atas dan ammu kedai depan rumah tuh...aku kan terus berusaha tanpa rasa jemu dan ngantuk..(tapi kadang2 kantoi jgak...) untuk menuju puncak gemilang cahaya...(eh..ini lagu AF) aku berusaha mencapai kejayaan dan trus berjuang menggilap cahaya islam di muka bumi ini...kerana ini adalah amanah dan tanggungjawabku...sebagai tolibul ilmi..aku harus tabah dan pasrah andai rebah namun aku tak perlu menyerah kerna aku seorang pejuang...(wah..semangat giler ~~)
Ya Allah...dengan penuh rasa kehinaan dan kehambaan diriku padaMU..restuilah aku, bantulah aku dalam peperiksaan kali ini dan seterusnya...permudahkanlah bagiku menghadapinya..dan lulus dengan taqdir kepujian...
Ya Allah..kebangganku dalam menjunjung nama islam... bantulah hambaMu yg kerdil ini,tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dgn bantuan dan inayah dariMu...Rahmatilah daku..amin.
Posted at 04:33 am by white_tiger192
Permalink
Mar 24, 2008
Diriwayatkan dalam sebuah hadith yg disampaikan oleh Abu Hurairah r.a pada suatu hari Rasulullah s.a.w bertanya kepada sahabat-sahabatnya:
أتدْرون من المفلس؟ قالوا: المفلسُ فينا من لا درهم له ولا متاع. فقال: إنّ المفلسَ مِن أمتى مَن يأتى يومَ القيامة بصلاةٍ وصيامٍ وزكاةٍ, ويأتى وقد شَتَمَ هذا, وقَذَفَ هذا, وأَكَلَ مال هذا, وسَفَكَ دَمَّ هذا, وضَرَبَ هذا فيُعْطِى هذا مِن حسناته فإن فَنِيَتْ حسناته فطُرِحَتْ عليه ثمّ طُرِحَ فى النار. (رواه مسلم).ـ
Maksudnya: tahukah kalian, siapakah orang yang jatuh miskin itu (muflis) ? Para sahabat menjawab: Orang yg jatuh miskin itu ialah orang yang tidak mempunyai wang dan tidak mempunyai harta. lalu Rasulullah bersabda: Sesungguhnya orang yang jatuh miskin dari ummatku ialah orang yang di hari kiamat dia datang dengan membawa solatnya, puasa dan zakatnya. Disamping itu dia telah mencaci maki ini, menuduh ini, dan memakan harta ini, menumpah darah ini, memukul ini..maka ia akan menerima ganjaran dari segala kebaikannya ini. dan apabila kebaikannya itu habis sebelum selesai memenuhi tuntutan orang-orang yang mempunyai hak, maka diambilnya kesalahan-kesalahan orang tersebut dan dilemparkan kepadanya, kemudian dia dilemparkan ke neraka. (Riwayat muslim)
Itulah gambaran dari orang yang miskin/bankrup dalam amal ibadahnya, yang diumpamakan sebagai seorang pedagang yang memiliki barang dagangan bernilai seribu tetapi mempunyai hutang lebih dari dua ribu. Apakah orang yang demikian itu disebut kaya? demikian juga halnya dengan seorang muslim yang banyak mengumpulkan pahala amal ibadahnya tetapi lebih banyak lagi dia melakukan perbuatan maksiat dan kejahatan-kejahatan yg bergelumang dengan dosa, seperti mengumpat orang lain, menfitnah, memaki hamun, memakan harta orang lain dengan jalan tidak halal, menyakiti hati orang lain, mengganggu ketenteraman tetangga dan sebagainya. Apakah orang yang demikian patut disebut orang yang bertaqwa? tentu sahaja tidak.
Sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud: Akhlak yang baik dapat menghapuskan kesalahan, bagaikan air yang menghancurkan tanah yang keras. Dan akhlaq yang jahat merosak amal, seperti cuka merosak manisnya madu. (riwayat baihaqi)
-Akhlak Seorang Muslim. H 14-16
~ a m e e r ~
Posted at 12:15 pm by white_tiger192
Permalink
Feb 28, 2008
....
Hujan darah yg turun mencurah memedihkan hati..melaratlah luka dan bernanahlah jiwa.
Kini tidak lagi seperti sungai nil yang mengalir deras, arusnya terhenti kerna dipenuhi kotoran dosa.
Adakah ia akan terus diratib.. apakah tasbih itu tidak akan terputus talinya...???
Lukanya parah...kerna terkait duri mawar yg berbisa calar balar jiwa meronta kesakitan..oh..tidak.. mengapa ia tumbuh mekar dan harum mewangi tapi akhirnya melukakan....
Luka yg mengundang duka..menyajikan lara.. Menghamparkan benih duri yg melata.. Bisakan ianya dihilangkan...??
Posted at 03:43 am by white_tiger192
Permalink
Feb 23, 2008
Harga Barang naik vs Rundingan Damai..??
Tanggal 23 Feb 2008....
Kekalutan yg melanda berlaku di syaqah 16 - hijazi street...kenaikan harga barangan asas di mesir. Inilah yg melanda kini dan sungguh membebankan aku dan ahli baitku yg lain. Kos sara hidup makin bertambah...menyebabkan kami terpaksa membuat keputusan dan kata sepakat utk men 'takhfid' kan kos sewa rumah....(eh..bukan kami yg takhfid..tapi tuan rumah...kami yg mintak takhfid..) dan atas inisiatif masing2 sebagai penghuni...maka aku dihantar untuk membuat rundingan damai secara terbuka bersama 'ammul hagg...(tuan rumah kami)...padamalam tersebut...
Ameer : Assalamualaikum ya ammal hagg... Ammu hagg : waalaikumsalam..faddhal... Ameer : da..ana agiblak el-fulus wa faturoh el-madhi... Ammu hagg : ooo..ma..ma..mashi...syu..syu..syukran...(vibrato 1kg) Ameer : afwan...khalas ya ammu...ba'din..mumkin ehna auz takhfid el-igarr..?? Ammu hagg : takhfid eh? bla..bla..bla..bla....(panjang kalamnya..tak terjawab!)
Ameer : mashi..khalas ya ammu..ehna fahim... Ammu hagg : too..too..toiyib..aiyu khidmah? Ameer : wala himmah...syukran..alfu salam...(kurang 50 genih pun xleh ke? - dlm hati aku) Ammu hagg : afwan...maassalam.....
Demikianlah rundingan damai aku bersama tuan rumah....sungguh mengharukan..korang faham tak nih?? Sabo jelah..!!
Posted at 01:47 pm by white_tiger192
Permalink
Feb 5, 2008
Seperti yang kita sedia maklum,makanan merupakan faktor paling penting bukan sahaja kepada kesihatan tubuh badan malah lebih utama kepada kecerdasan otak. Ramai percaya bahawa terdapat sesetengah makanan yang boleh membantu menguatkan daya ingatan dan menjadikan minda serta fikiran kita lebih cerdas. Malah, cendekiawan-cendekiawan Islam silam juga mempunyai rahsia dan formula makanan mereka tersendiri dan terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Namun, sejak beberapa abad kebelakangan ini, rahsia pemakanan cendekiawan Islam yang tesembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam lain ini cuba diketengahkan kembali. Berikut adaklah formula pemakanan genius-genius Islam yang terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan : MADU - Madu adalah makanan yang amat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafnya sebagai "shifa" iaitu penyembuh penyakit.
- Manisan madu digelar Raja Ubat dan dapat menyembuh kebanyakan penyakit.
- Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya dan mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein antiseptik, dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu.
- Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental.
- Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit-penyakit mental yang mana ia boleh menghindarkan kepenatan otak bekerja seperti berfikir, membaca, merancang, dan bermesyuarat.
KISMIS -Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. -Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, serta lemah fikiran. SUSU SEGAR -Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. -Mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak, dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. -Merupakan makanan yanag paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh badan iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. -Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. -Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu. TELUR Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. - Pakar kesihatan mengakui telur merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat.
- Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air dan bahan ekstraktif.
- Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda.
- Telur yang terbaik ialah telur ayam kampong dan masih baru.
HALIA - Ia sangat mujarab untuk mengelak sering lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.
LIMAU OREN - Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran.
- Limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.
DAGING BURUNG MERPATI - Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif unuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak.
- Kanak kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasannya
DAGING AYAM - Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi.
- Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah.
DAGING BIRI-BIRI - Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan menghafal.
HATI - Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.
KEKACANG - Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain.
- Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak dan ia juga mengandungi nilai protein yang tinggi.
BUAH BADAM KEMENYAN PUTIH (Kemenyan Serani/Luban/Kundar) BUNGA KUBIS BUNGA CENGKIH - Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja. Ia berguna untuk merangsang kecergasan minda dan memberi lebih tenaga untuk badan.
LABU - Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Disarankan untuk memasukkan labu dalam sebarang masakan sup kerana ia mampu menambahkan kemampuan fikiran dan akal.
BUAH KEDEKAI (MAJALAWI) MINYAK SAPI - Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil. Melancarkan peredaran darah ke bahagian otak serta menguatkan memori.
SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN SEGAR Membantu meningkatkan kekuatan akal dan memori.
Posted at 06:46 am by white_tiger192
Permalink
Jan 18, 2008
Alhamdulillah...syukur ke hadrat Illahi atas kurniaan nikmat kesihatan dan kehidupan yg baik...hari ni genap 21 tahun umurku...bersamaan 10 muharam 1429 hari jumaat plak tuh....best nye rasa...ketenangan yg sungguh indah pd hari ni...ramai jgak kwan2 yg wish bezday kt aku, ada yg sms, email , testi&comment, msg kt friendster....smpai x larat nk balas...sory ye korang...!! apapun thanks a lot..kt rmh x kira lgi dgn meriahnya cuppycake... huuuhh...~~~
Created by : Putera ameer © 2008
Posted at 12:09 pm by white_tiger192
Permalink
Laksanakan Hukum Islam...
Mengapa hukum Islam tidak dilaksanakan?? Pernahkan anda terfikir bahawa ini adalah jalannya yg terbaik?
Era dunia globalisasi kini hanya mementingkan pembangunan ekonomi dan kemajuan material semata. langsung tidak mempedulikan atau memikirkan tentang pembangunan islam, akhlak dan moral serta jati diri dalam masyarakat kini.
Adakah itu yg akan menjamin keselamatan dan kemakmuran negara utk jangka hayat akan datang...dimanakah nilai-nilai murni sebagai seorang islam dan di manakah pula nilai2 kemanusiaan dalam diri anda... hanya bangga dengan kemajuan yg ada, rasa selesa dengan kemakmuran yg anda kecapi, sedangkan mereka2 yg dibelakang itu sengsara dan menjadi mangsa korban penjenayah2 dan perosak bangsa dan negara yg kini bermaharajalela di dlm negara kita.
Kini tiba masanya yg utk Malaysia menjalankan hukum2 islam dlm membanteras jenayah2 yg berlaku dan berleluasa di negara kita ini.. mengapa tidak?
Adakah anda ingin melihat kes-kes seperti penculikan Sharlinie atau kes arwah Adik Nurin Jazlin ini akan berulang lagi? dan adakah anda rela anak2 anda atau adik perempuan anda sendiri menjadi mangsa kerasukan mereka2 yg tidak berhati perut itu? pasti anda tidak sanggup..
Dinihari terpampang di dada2 akhbar kes2 jenayah tersebut yg berlaku dalam negara kita sendiri... Adakah kita hanya mampu menggelengkan kepala dan tidak memikirkan jalan penyelesaiannya...
Islam adalah agama yg sangat luas dan sempurna dalam menjaga kemaslahatan ummah...membuka ruang dan jalan penyelesaiiannya...jadi mengapa tidak kita melaksanakannya dengan sempurna? Kes2 seperti penculikan dan rogol kanak-kanak, deraan seksual, jenayah ragut dan bunuh, serta lumba haram juga dapat dibanteras apabila kita melaksanakan hukum islam dgn sebaiknya...seperti hudud, ta'zir , qisas dan sebagainya. jika hnya sekadar dipenjara, denda atau sebatan...kini ia tidak lagi ditakuti oleh penjenayah2 negara kini, jika tidak mengapa kes-kes ini sering berulang kali berlaku dan seolah olah mereka (penjenayah) tidak takut dengan undang-undang atau hukuman yg sedia ada. Bayangkan jika (mengikut hukum islam) seorang perogol itu hukumannya direjam sampai mati di depan khalayak ramai dan masyarakat menyaksikannya...adakah akan berlaku lagi jenayah rogol itu..?? islam tidak zalim dan kejam...tetapi mendidik jiwa dan mengajar adab perikemanusiaan kepada masyarakat. kini fikirlah siapakah yg lebih zalim? perogolkah atau islam itu yg zalim? tidakkah anda terfikir jenayah rogol itu lebih zalim dan dahsyat jika ia kian berulang ulang tanpa ia dibendung atau dibanteras...
Undang2 serta hukum islam kini amatlah sesuai dilaksanakan dan dijalankan bagi membanteras jenayah dan membendung masyarakat dari melakukannya... Jika anda bimbang akan kemunduran masyarakat serta kemerosotan ekonomi jika hukum islam ini dilaksanakan mengapa tidak kita mencontohi zaman kegemilangan islam di zaman rasulullah s.a.w melaksanakannya. islam tidak menghalang kemajuan dan pembangunan tetapi amat perlu kita memikir dan menitik beratkan akan kemajuan dan pembangunan islam dan akhlak dalam masyarakat...barulah negara akan lebih makmur aman dan damai serta terpelihara dari segala jenayah2 yg tidak di ingini berlaku...fikir2kanlah...wslm.
Created by akuameer © 2008
Posted at 11:35 am by white_tiger192
Permalink
|
|
|